Pemuliharaan Alam Sekitar di
Sabah
Negeri Sabah yang terletak di
bahagaian utara Pulau Borneo, merupakan negeri yang kedua terbesar di seluruh
Malayasia dengan keluasan 73,619 km persegi. Ianya bersempadan dengan Negeri
Sarawak di sebelah Barat Daya sementara Kalimantan, Indonesia pula di sebelah
selatannya. Sabah mempunyai deretan pinggir pantai sepanjang lebih kurang 1440
km dan ianya dikelilingi oleh Lautan China Selatan di sebelah barat laut, Lautun
Sulu di Timur laut dan Laut Sulawesi di sebelah selatannya. Selain daripada itu
Negeri Sabah juga mempunyai lebih daripada 40 buah pulau yang menarik
termasuklah Pulau Sipadan yang merupakan satu-satunya pulau lautan dalam di
Malaysia.
Kelbagaian habitat yang terdapat di
Negeri Sabah ini kaya dengan hidupan liar seperti Orang Utan, Monyet Probokis,
Burung Enggang dan penyu laut; begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan menarik dan
unik, contohnya Rafflesia, Periuk Kera dan berbagai-bagai jenis orkid liar yang
unik.
Oleh kerana Sabah kaya dengan khazanah
alam semula jadinya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan banyak kawasan-kawasan
lindungan agar habitat semulajadi sepsis-spesis tumbuhan dan haiwan dapat
dilindungi oleh undang-undang. Antara kawasan-kawasan perlindungan yang besar
terdapat di negeri ini ialah Taman Banjaran Crocker, Taman Kinabalu, Kawasan
Lindungan Hutan Lembah Danum, kawasan Lindungan Hidupan Liar Tabin, kawasan
Pemuliharan, Kawasan Lindungan Hidupan Liar Kulamba dan Taman Bukit-bukau Tawau.
Terdapatjuga beberapa kawasan – kawasan lindungan hutan yang kecil yang penting
seperti Sepiluk, Gomantong dan hutan Ulu Dusun yang berdekatan dengan Sandakan.
Selain daripada itu terdapat beberapa taman-taman pulau yang penting dari segi
pelindungan hidupan laut juga telah ditubuhkan. Ini termasukalah Taman Pulau
Tiga, Taman Tunku abdul rahman dan Taman Pulau Penyu.
World Wide Fund / Tabungan Sedunia
(WWF) di Sabah
WWF Malaysia telah memeulakan
kerja-kerja pemuliharaan di Sabah sebaik saja ianya ditubuhkan pada tahun 1972.
Seperti dimana-nama kawasan Malaysia Kerja-kerja awal yang dijalankan oleh
Organisasi ini adalah pemeliharaan spesis-spesis binatang dan pemuliharaan
habitat alam semulajadinya. Projek pertama yang dijalankan oleh WWF di Sabah
adalah Projek Marin yang pertama kali dilaksanakan di seluruh Malaysia. Projek
ini melibatkan penyelidikan terumbu karang. WWF telah membantu Taman-taman
Negara (yang sekarang dikenali sebagai Taman-Taman Sabah)untuk membuat kajian di
Pulau Gaya yang berhampiran dengan Bandar Kota Kinabalu. Pada masa sekarang
pulau ini merupakan sebahagian daripada Taman Tunku Abdul Rahman yang telah
ditubuhkan pad tahun 1974.
In telah membawa kepada beberapa projek
kajian dan ekspedisi yang telah diusahakan bersama oleh kedua-dua organisasi di
kawasan seperti Semenanjung Klias, Lembah Danum, pulau Balambangan dan Kepulauan
Semporna. Pada tahun 1979, WWF Malaysia telah memberi bantuan kepada Cawangan
Mergastua di Jabatan Perhutanan dalam mengendalikan kajian faunal Sabah selama
dua tahun untuk mengumpul maklumat yang diperlukan bagi perlaksanaan rancangan
pemuliharaan hidupan liar di negeri ini. Ia kemudianya disusuli dengan projek
kajian mengenai spesis buaya, badak sumbu, Orang Utan dan burung-burung air yang
terdapat di Sabah. Tinjauan keatas spesis Orang Utan misalnya melibatkan proses
penganggaran populasi dengan cara menghitung sarang-sarang spesis ini daripada
udara.
Projek-projek ini bukan sahaja untuk
memyelidiki biologi haiwan-haiwan ini tetapi juga untuk mengenalpasti
ancaman-ancaman yang dihadapi oleh mereka agar langkah-langkah pencengahan dapat
diambil. Melalui pelbagai kajian yang dibuat dengan usahasama Cawangan
Mergastua, beberapa kawasan lindungan telah dikenalpasti sebagai kawasan utama
hidupan liar di Sabah. Kawasan-kawasan tersebut ialah Kawasan lindungan Tabin,
Kulamba dan Kinabatangan. Sebagai tambahan, cadangan-cadangan juga telah dibuat
agar Negeri ini dapat memanafaatkan usaha-usaha pemuliharaan dari segi
pelancungan dan pendidikan.
Pada masa ini selain daripada
pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan kepada kajian untuk mencari
jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang lebih berkekalan.
Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam di
Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil
bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan.
Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan
yang berkaitan masih meneruskan usaha dalam mengenalpasti kawasan lindungan dan
membuat rumusan rancangan pengurusan untuk mereka. Kajian-kajian tambahan telah
dijalankan di Kulamba dan Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin. Sebagai
contohnya, kajian dari udara dibantu oleh penerbangan Tentera Udara DiRaja
Malaysia (TUDM) menilai kesan daripada kebakaran di Kawasan Simpanan Hidupan
Liar.
Pada tahun 1988, Yayasan Sabah telah
berkerjasama dengan WWF Malaysia untuk mengatur satu kajian ekspedisi saintifik
di kawasan yang belum pernah diterokai, yang mana terletak ditengah-tengah
Negeri Sabah. Pihak TUDM telah menerbangkan lebih daripada 40 ahli saintis dan
beberapa kakitangan yang lain ke kwasan-kawasan yang jauh terpencil dengan
helikopter. Bermula dari sekitar tahun 1980, usaha untuk memperdalamkan kajian
bagi perkembangan kawasan pemuliharaan di Sabah yang lebih menitikberatkan aspek
rancangan pengunaan tanah dan pembangunan polisi pengurusan.
Strategik Pemuliharaan
Sabah
Pada tahun 1990, Kementerian
Pelancungan dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah telah menugaskan WWF Malaysia
untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah. Dokumen ini kemudiannya telah
diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan telah diterima secara prinsip pada
tahun 1992.
Memfokus kepada penggunaan tanah secara
wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan pembangunan di Negeri Sabah
pada sekitar tahun 1990an strategik ini menyeru agar ditubuhkan pelbagai kawasan
perlindungan juga memperbaiki pengurusan sumber-sumber berdasarkan kepada
kawasan-kawasan.
Pengarah Projek WWF Malaysia (Sabah)
Dr. Junaidi Payne berkata " Pemuliharaan dan Pembangunan adalah saling
bergantung antara satu dengan lain". " Untuk menyokong keperluan janka panjang
semua sektor di Negeri ini, Strategik Pemuliharaan untuk negeri Sabah perlu
berlandaskan kepada peruntukkan yang teliti daripada kedua-dua sumber utama alam
semulajadi; iaitu tanah dan hutan.
Justeru itu strategik ini mencadangkan
beberapa peraturan dan tindakan perlu diadakan dalam aspek-aspek penggunan
tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan pelbagai cara, kawasan tadahan air,
komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan hutan, pembalakan haram, penanaman
semula hutan, ekologi kepelbagaian, melombong, polar pelancungan, permohonan
tanah, Taksiran Kesan Alam Pesekitaran, pembangunan pantai dan lain-lain,
sebagai contohya strategik ini menjalankan persediaan membuat beberapa siri peta
untuk membantu rancangan penggunan tanah tanpa mengganggu habitat semulajadinya.
Kawasan- kawasan habitat semulajadi yang sensitif kepada perubahan perlulah
dikenalpasti dan dijadikan sebagai kawasan perlindungan / simpanan.
"Seara lansung dan tidak lansung pihak
kami masih meneruskan khidmat bantuan kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensi
dalam mengenalpasti dan mengemukakan isu-isu asas pemuliharaan" seperti yang
telah dikatakan oleh Dr. Payne. " Kami berharap dengan cara ini, kami boleh
memainkan peranan sebagai pemangkin dalam membantu Negeri ini untuk memenuhi
keperluan pembangunan dan Pemuliharaan".
Daripada Prespektif WWF Malaysia,
projek ini merupakan kesinambungan daripada strategik Pemuliharaan yang telah
diperkembangan untuk 9 buah negeri di Malaysia.
Penyediaan dan implementasi strategik
ini banyak menyokong usaha-usaha pemuliharaan yang merangkumi seluruh negara,
ini termasuklah peringkat negeri dan negara.
Spesis Kucing Liar dan Musang boleh
menyumbang kepada keseimbangan ekologi system di negeri Sabah. Matlamat WWF
Malaysia untuk meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan di
Sabah dalam aspek pemuliharaan masih dijalankan, namun begitu usaha-usaha ini
semakin bertambah dengan adanya aspek gabungan pengurusan dan sosio – ekonomi.
Sebagai contohnya WWF telah menyalurkan bantuan kewangan untuk membina Kabin
Penyelidikan khas bagi para-para penyelidik di Kawasan Simpanan Hidupan Liar
Tabin di sebelah Timur Sabah. Kawasan Simpanan ini diusahakan bersama dengan
Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah, dimana mereka telah
menyediakan plan pengurusan untuk kawasan simpanan ini dan menjadikan kawasan
ini sebagai tapak penyelidikan untuk jangka panjang. Pembinaan Kabin tersebut
sedikit sebanyak telah menyokong kepada usaha-usaha JHL dalam mempromosikan
penyelidikan hidupan liar untuk jangka panjang dan pengurusan di Kawasan Tabin
ini sebagai sebuah kawasan penting bagi tujuan pelindungan hutan dan
pemuliharaan ekologi kepelbagaian di Sabah. Sebuah Projek yang telah dijalankan
dari tahun 1993 sehingga 1996 pada kawasan dalam dan persekeliling hutan
Simpanan ini adalah untuk menjalankan penyelidikan tentang ekologi spesis Musang
dan Kucing Liar dan kepenerapanya (kepentingan) kepada pengurusan
hutan.
"Binatang daratan jenis Karnivor di
kawasan Borneo tidak begitu diketahui umum" kata Pegawai Saintifik Senior WWF
Rajanathan Rajaratuam. "Spesis ini juga merupakan sebahagaian daripada biologi
kepelbagaian alam semulajadi di Hutan Tropika dan selalunya mempunyai keperluan
yang unik. Kekurangan informasi asas tentang ekologi dan habitat jenis spesis
ini telah menghalang penghasilan polisi pengurusan yang lebih berkesan mengenai
pemuliharaan dan habitat di kawasan tersebut.
"Pengertian tentang struktur dan
dinamik spesis Kanivor ini didalam hutan amat perlu bagi pengurusan / penjagaan
kawasan simpanan ini. Kajian ini juga dibuat untuk menyelidiki pengaruh
pengunaan tanah seperti aktiviti pembalakan dan pertanian yang dijalankan
serentak, terhadap ekologi spesis ini dan menilai kesan atau pengaruh daripada
modifikasi habitat.
Terdapat beberapa jenis spesis Kanivor
Hutan Tropika yang mempunyai kesamaan dengan spesis kucing liar yang berpotensi
untuk menyebarkan benih-benih dikawasan ini. Justeru itu spesis-spesis seperti
ini memainkan peranan yang penting dalam membantu pertumbuhan semula hutan
selepas daripada sebarang gangguan. Kajian ini memperolehi bukti bahawa kawasan
hutan ini menjadi tempat pelindungan dan pembiakan bagi pelbagai jenis haiwan
pemangsa yang memakan spesis tikus perosak di kawasan penanaman kelapa sawit
Hasil daripada kajian tersebut telah
mencabar dakwaan ide traditional yang mengatakan kawasan hutan merupakan sarang
bagi haiwan-haiwan perosak dikawasan penanaman yang berdekatan. Projek ini juga
telah memberi latihan kepada kakitangan JHR dan pelatih-pelatih Pegawai
Saintifik WWF (Sabah) dalam menjalankan penyelidikan hidupan liar dan
teknik-teknik pengurusan" tambah En. Rajan. En. Lim Shek Ping , salah seorang
pelatih Pegawai Saintifik yang pada awalnya diambil bekerja di kawasan
Perlindungan Tabin bagi menjalankan penyelidikan hidupan liar di kawasan
tersebut, tetapi kemudiannya telah dihantar menjalankan kajian hidupan liar di
Sungai Bakay di Semenanjung Klias, di kawasan Barat Sabah. Beliau juga
menjalankan kajian mengenai diet kumpulan Orang Utan dikawasan
Kinbatangan
Kursus Pendidikan dan
saintifik
WWF Malaysia memandang pendidikan
sebagai kunci kepada asas pemuliharaan jangka panjang. WWF Malaysia telah
membantu Yayasan Sabah untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan penubuhan Skim
Kelab Alam Semulajadi di sekolah-sekolah. Skim ini kemudiannya dilancarkan pada
tahun 1988, kelab ini merupakan organisasi bukan kerajaan yang terbesar sekali
di Malaysia dengan keahlian seramai 28,000 ahli dan terdapat 70 buah kelab yang
aktif di sekolah-sekolah. Pada pencapaian awal, ianya telah berjaya memfokuskan
kepentingan pendidikan dalam pemuliharaan, satu lagi projek yang giat dijalankan
sekarang ialah Projek Pendidikan Alam Pesekitaraan. Pada masa ini WWF Malaysia
bertindak sebagai pakar perunding kepada Jabatan Hidupan Liar di Sabah bagi
menyusun Plan Pembangunan dan Pengurusan untuk Kawasan Perlindungan Burung,
Bandar K.K.(KK City Bird Sanctuary/ KKCB) (24ha) dan Lagun Likas (Likas Lagoon)
(26 ha).Matlamat utama projek ini adalah untuk melindungi dua habitat ini
daripada kesan pembangunan bandar selanjutnya dan untuk mempromosikan kesedaran
awam tentang kepentingan tanah paya dengan mewujudkan sebuah kawasan
perlindungan contoh Bandar tanah Paya yang sistematik (kawasan ini terletak
lebih kurang 4km daripada bandar KK). Adalah menjadi harapan untuk memberi
perlindungan yang sama kepada tanah-tanah paya yang mempunyai habitat yang peka
kepada perubahan di Sabah seperti pada kawasan Dataran Banjir di
Kinabatangan.
Daripada kajian yang baru dijalankan,
80 jenis spesis burung telah dihantar ke kawasan perlindungan burung di "KK City
Bird Sanctuary" dan "Likas Lagoon." Kawasan Paya bakau ini menyediakan kawasan
pembiakan utama bagi burung-burun Pucung Malam, ianya juga dapat menampung
hidupan akua yang berbeza-beza. Alam persekitaran lagun menyediakan sumber dan
tempat perlindungan yang sesuai bagi pelbagai spesis burung. Ada jenis
spesis-spesis burung yang boleh didapati dalam kumpulan yang besar, seperti
"moorhens", namun begitu terdapt juga jenis spesis yang jarang-jarang dijumpai
seperti Burung Puyung Unggu dan sekali-sekala kawasan ini dilawati oleh kumpulan
itik –itik yang berhijrah.
Fokus utama KKCB adalah pembinaan Pusat
Pendidikan Alam Sekitar yang akan dihubungkan dengan litar titian dan kawasan
terlindung bagi pengkaji burung. Daripada titian yang dibina itu para pengunjung
berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat keunikan habitat paya dan
hidupan liarnya.
Oleh kerana saiznya (26ha) dan rupa
bentukbuminya, yang berbentuk linear . Pembangunan yang dijalankan pada "Likas
Lagoon" hanya terhad kepada pembinaan dua kawasan terlindung untuk pengkaji
burung dan disebelahnya dibina medan letak kereta.
Proses pemuliharaan pada
tumbuh-tumbuhan dikedua-dua kawasan ini akan dijalankan dan akan memastikan
kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya mengalami perubahan kesan
daripada aktiviti perkampungan setinggan.
Apabila Pusat Pendidikan Alam
Persekitaran ini berjaya ditubuhkan, pihak KKCB disarankan untuk memulakan
pendidikan, pelancongan dan program penyelidikan sebagai antara kemudahan yang
disediakan. Program-program ini juga akan diperkembangkan dan diperbaiki
/baikpulih oleh kakitangan di kawasan Perlindungan dari semasa ke
semasa.
Plan Polar Perlancungan
Negara
Plan Polar Perlancungan Negara
disediakan untuk Kementerian Kebudayaan & Pelancungan (KKP)oleh WWF
Malaysia. Matlamat utamanya adalah untuk membantu pihak kerajaan Malaysia pada
peringkat Negara dan Negeri dalam memperkembangkan Ekologi Pelancungan yang
berpotensi di Malaysia, dan pada masa yang sama menggunakannya sebagai alat yang
efektif dalam pemuliharaan khazanah alam semulajadi dan kebudayaan negara. KKP
dan WWF Malaysia telah berkerjsama untuk mengekstrak garis panduan pelancungan
daripada plan ini untuk menghasilkan risalah dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris
untuk diedarkan secara meluas.
Kawasan bawah Kinabatangan di Timur
Negeri Sabah telah dikenalpasti sebagai kunci kepada ekologi pelancungan dalam
plan ini. Dataran banjir Sungai yang berbentuk seperti tasik-tasik ladam telah
menjadi rumah kepada pelbagai jenis spesis binatang seperti Monyet Probokis,
Oranhg Utan, Burung Enggang juga jenis spesis yang jarang ditemui seperti
"Oriental Darter".
Projek Ekologi
Kepelbagaian Pemuliharaan Sabah
Projek Ekologi Kepelbagaian
Pemuliharaan Sabah ini dijalankan untuk membantu pemuliharaan tumbuh-tumbuhan,
binatang-binatang dan habitatnya dalam tindakbalasnya terhadap perubahan pesat
dalam penggunaan tanah di Sabah.WWF menyediakan bantuan teknikal kepada pihak
yang berkuasa dalam mengenalpasti kawasan lindungan yang berpotensi. WWF pada
masa ini juga membantu dalam aktiviti lain seperti kajian botani, pendidikan
alam sekitar terutama sekali dikawasan bawah Kinabatangan.
Program Pendidikan Dan
Pembangunan Luar Bandar Sabah
Program Pendidikan dan Pembangunan Luar
Bandar Sabah telah ditubuhkan oleh WWF Malaysia dengan kerjasama Kementerian
Pelancongan dan Pembangunan Alam Persekitaran untuk membantu pelbagai agensi
yang terlibat dengan pendidikan, agen sumber-sumber semulajadi dan pembangunan
masyarakat luar bandar. Semasa program ini dilaksanakan, yakni dari tahun 1993
hingga 1996, WWF Malaysia telah terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti
pendidikan Alam Pesekitaran di sekolah-sekolah, meningkatkan sumber-sumber
pendidikan dan menjalankan forum-forum dengan masyarakat tempatan.
Hasil daripada program ini terhasilah
sebuah buku berjudul "The Kinabatangan Floodplain – An Introduction" ( Dataran
Banjir Kinabatangan – Pengenalan) yang mana merupakan panduan informasi mengenai
Sejarah alam Pesekitaran, tarikan alam semulajadi dan kebudayaan di Dataran
Banjir Kinabatangan, termasuklah petua tentang perjalanan melalui habitat
semulajadi yang sensitif ke kawasan ini.
Diterjemahkan dari risalah Sabah And
WWF, Dr. Junaidi Payne, WWF Malaysia (Sabah),
1997.