Penebangan hutan yang berleluasa telah menyebabkan pelbagai kesan yang negatif.
Kawasan tadahan air yang berfungsi untuk mengumpul air telah lesap selari dengan pemusnahan alam tersebut.Air hujan tidak dapat diserap kerana tiada akar-akar pokok yang terdapat akibat pembersihan hutan. Oleh itu , air mengalir terus ke dalam sungai dan menyebabkan banjir. Krisis air berlaku.Bukannya tiada air yang mencukupi . Masalahnya air mangalir terlalu deras ke laut sehingga kita tiada jalan untuk mengumpulkannya.
Oleh itu cara terbaik menyelesaikan krisis air adalah melalui pemeliharaan hutan.Kurangkan atau hentikan penebangan pokok di kawasan tadahan.
No comments:
Post a Comment