tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran.Sebab utamanya aktiviti manusia.
Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
- hakisan sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
- Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
- gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
- letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
- gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
- berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji,
timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan
manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan
struktur lain - Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
- pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas
Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air
boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu
dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu
menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai
yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan.
Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi
meruntuhkan jambatan.
runtuhan salji
menyerupai dari segi mekanisma dengan tanah runtuh dan membabitkan
sejumlah besar air batu, salji dan batu yang jatuh dengan pantas dari
sisi gunung. Biasanya air batu terkumpul di tubir (cornices) atau di atas lapisan salji lemah, menimbulkan bahaya runtuhan salji.
Aliran piroklastik (pyroclastic)
berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun, dan batu panas
daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas daripada gunung berapi yang meletus.