Search This Blog

Alam

Alam

Selamat Datang

Terima kasih untuk kunjungan anda.Jika terdapat sebarang kesilapan , minta maaf.

Labels

Powered By Blogger

Total Pageviews

Friday, 6 May 2011

Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.

Tanah runtuh di Pakistan
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran.
Di Malaysia, sebab utama ialah aktiviti manusia:
Pembangunan di kawasan tanah tinggi
- Pembinaan  perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang.
- Pembalakan tanpa kawalan
- Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan seperti air hujan
-Struktur tanah yang longgar disebabkan kurangnya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.
Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
  • hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
  • Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
  • gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
  • letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
  • gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
  • berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji,
    timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan
    manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan
    struktur lain
  • Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
  • pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.

No comments:

Post a Comment