Search This Blog

Alam

Alam

Selamat Datang

Terima kasih untuk kunjungan anda.Jika terdapat sebarang kesilapan , minta maaf.

Labels

Powered By Blogger

Total Pageviews

Tuesday, 12 July 2011

Hutan Bakau

Hutan bakau ialah spesies tumbuhan hutan yang sangat unik dan berperanan penting dalam hidup manusia.Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai, antara pertembungan air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp.Pokok Bakau biasanya memiliki buahnya yang berbulu dan bahagian bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan.
Di sesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia dijual sebagai sayuran. Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan didebungakan oleh serangga. Avicennia menghasilkan antara madu yang terbaik.
Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.
Pokok bakau ini merupakan salah satu spesies cepat tumbuh dan yang digunakan dalam penanaman semula hutan bakau bagi melindungi persisiran pantai (yang lain adalah Sonneratia dan Rhizophora). Ia jarang dijadikan arang dan biasanya digunakan bagi menyalai ikan atau getah.
Hutan bakau juga merupakan sumber balak kayu bakau yang tahan bagi pembinaan di kawasan lecah dan dalam air. Kayu bakau tanah mampu berendam dalam air tanpa rawatan rumit dan tahan lama.
Hutan bakau penting sabagai tempat anak ikan berlindung. Sekiranya kawasan hutan bakau di sesuatu tempat itu pupus atau tercemar, keseluruhan populasi ikan dan industri nelayan di kawasan tersebut akan terancam kerana tiada lagi tempat bagi anak ikan berlindung dan membesar. Selain itu hutan bakau turut digunakan oleh beratus jenis burung berhijrah sebagai tempat perlindungan untuk bertelur dan berehat. Selain itu ia menjadi habitat penting bagi pelbagai jenis ketam seperti ketam Nipah, dan udang. Di Sabah, hutan bakau juga merupakan habitat Kera Bekantan dan Sabah mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Hutan bakau juga bertindak sebagai pemampan hakisan ombak. Ini kerana akarnya yang berceranggah membantu mengukuh dan mengikat tanah daripada hakisan ombak, malah mampu meluaskan lagi kawasan tanah kerana daun dan sampah sarap yang terperangkap pada akarnya yang berserabut mendap dan menimbun. Kawasan hutan bakau biasanya tumbuh rapat dan padat dan memiliki akar udara yang berceranggah menonjol dari dalam air. Hutan bakau ini mampu memperlahankan aliran air, dengan itu membenarkan bendasing dan lumpur halus yang terapung dalam air untuk mendak membentuk kawasan berlumpur. Proses ini mampu untuk menebus guna tanah dan menghasilkan pantai baru.
Hutan bakau juga terbukti mampu bertindak sebagai pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh dipersisiran kuala. Oleh itu hutan bakau turut ditanam semula di Malaysia, dan Indonesia .
Terdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia;
  • 57 % di Sabah
  • 26 % di Sarawak
  • 17% di Semenanjung Malaysia.
Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi bakau ialah 6 buah pulau yang merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor.
Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap :
  • penukaran tanah
  • penebangan hutan
  • penebusgunaan
  • pencemaran.
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :
  • akuakultur
  • ternakan ikan dalam sangkar
  • kolam ternakan udang dan ikan air masin
  • Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan
  • Pembinaan kawasan pangkalan nelayan
  • Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena
  • Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai.
  • Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan.

No comments:

Post a Comment